Monday, 13 February 2017

PROMOSI FEBRUARI BAKAL BERAKHIR

17:19 0 Comments
Assalamualaikum. Dalam sibuk sibuk dengan urusan seharian, tak perasan pula yang dah nak sampai pertengahan bulan FEBRUARI kan?


Dan yang semestinya dengan promo Shaklee yang super best untuk bulan ni banyak sangat tau! Rugilah kalau tak grab awal awal sebab nak tunggu next PROMO pula mau berjanggutlah. Hehe.

Seperti yang sedia maklum, bulan ni PROMO untuk :

✔️ OSTEMATRIX
Buy 6 Free 1
Buy 2 Less 5%

✔️ VITALEA FOR CHILDREN
Beli 3 Vitalea for Children free 1 botol


✔️ **ALFALFA 
Beli Alfalfa 1 dapat 1 lagi percuma!!

✔️ **LECHITHIN
Beli Lecithin 1 dapat 1 lagi percuma!!




Best tak? Banyaknya Promo bulan ni, so meh lah beli nanti habis stock jangan dok nangis pulak ☺️



Untuk order and consultation, boleh whatsapp Fatin okay?

Fatin Faiqah
018-8745478
Your Shaklee Independent Distributor
Instagram : cantikstorevitamin

Tuesday, 7 February 2017

APA KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE ?

11:40 0 Comments
Assalamualaikum. Buat apa tu ? Hehe

Tengah-tengah santai sambil makan cekodok, ada whatsapp masuk. Kejap-kejap bunyi. Macam urgent je, kita pun cepat-cepat lah tengok whatsapp.

Ingatkan apa yang urgent sangat, rupanya ada yang tanya :

" Fatin, macam mana nak jadi ahli? macam mana nak join Shaklee juga? "

" Tengok Fatin selalu update tentang Shaklee je dekat FB dan IG, best ke? Macam mana nak join juga? "

" Seronok tengok hari-hari Fatin update tentang bisness Shaklee, nak join tapi takotlah sebab takde ilmu tentang bisnes. "

Ramai juga yang tanya, best sangat ke buat bisnes Shaklee ni. Apa beza bisnes Shaklee dengan bisnes online yang lain. Haa, part ni korang ke hadam betul-betul tau apa yang Fatin nak sharekan. Before this, bukan tak pernah buat bisnes. Honestly, bermacam-macam bisnes dah Fatin buat. Ye tak tipuu! Dari start pada jadi Dropship, Agent sampailah jadi BOSS sendiri. Eh BOSS sendiri? Wahh ada jenama sendiri ke? 

Eh, taklah. Boss sendiri tu bisnes sekarang lah Shaklee. Hehe. Jujur Fatin nak bagitau beza sangat-sangat tau. Apa yang beza sangat sampai Fatin boleh tinggalkan semua bisnes dan sekarang hanya fokus kepada SHAKLEE sahaja.


So here, Fatin share sikit beberapa perkara atau faedah menjadi ahli dan berbisnes dengan Shaklee :

1. BAGAIMANA SAYA INGIN MENJADI AHLI/PENGEDAR SHAKLEE YANG BERDAFTAR?


Anda boleh mendaftar dengan 2 cara iaitu sama ada:

A) Membayar yuran pendaftaran sebagai ahli Shaklee sejumlah RM80.00 (Semenanjung) atau RM90.00 (Sabah/Sarawak).

ATAU

B) Membeli barangan Shaklee melebihi 200 points/mata iaitu lebih kurang RM680.00 (Semenanjung) atau RM850.00 (Malaysia Barat).

2. ADAKAH SHAKLEE MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR?


Seperti yang telah dinyatakan di atas, memadailah daftar Ahli Shaklee RM80.00 (Semenanjung) atau RM90.00 (Sabah & Sarawak). Tak perlu ribuan ringgit kerana stok dan penghantaran akan diuruskan 100% oleh pihak Shaklee Malaysia.

3. APA YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA SAYA INGIN DAFTAR SENDIRI DI CAWANGAN/BRANCH SHAKLEE BERDEKATAN?

Caranya cukup mudah. Anda perlukan penaja iaitu seorang ahli yang telah berdaftar dengan Shaklee. Dalam hal ini anda hanya perlu guna ID Fatin iaitu 1238413 (FATIN FAIQAH DAHIYAH BINTI MOHD AMRAN). Minta borang daftar di kaunter dan isikan particular anda dan masukkan id Fatin 1238413 (FATIN FAIQAH DAHIYAH BINTI MOHD AMRAN) dan tahniah anda telah pun menjadi ahli berdaftar Shaklee dan LAYAK SEPENUHNYA utk dibimbing oleh Fatin. Banyak rahsia bisnes yang Fatin nak sangat share dengan anda. Part ni special untuk anak-anak bisnes Fatin je. Hehehe.

4. APA KELEBIHAN DAFTAR DAN JADI AHLI SHAKLEE?

Anda akan dapat berjimat dengan membuat pembelian dengan harga ahli. Setiap pembelian anda, anda akan diberikan points dan ditukarkan kepada wang tunai pada setiap bulan. Best ke tidakk??

5. SAYA TAK TAHU APA-APA TENTANG BISNES, MACAM MANA SAYA NAK BERBISNES?

Usah risau sebabnya, boleh dikatakan setiap minggu anda akan dihadamkan dengan ilmu dan tips bisnes yang PERCUMA. Ye, percuma sahaja. Fatin nak bagitau, kalau dekat luarkan, kelas bisnes dan tips tips semuanya kena bayar tau, tapi dengan Shaklee semuanya PERCUMA. Ilmu dan tips bukan yang cikai-cikai tau. Semuanya dari orang yang hebat hebat belaka.

Ishh, kelas percuma okey dah, tapi kalau duduk jauh tu macam mana nak hadir kelas ? Haa, ni nak bagitau ni. Kelas semua flexible tau. Semuanya dihujung jari. Melalui whatsapp je diknon. Kalau terlepas haa, scroll dari atas naa :)

So, takde alasan lagi dah saya ni takpernah ada pengalaman bisnes ke. Saya ni tak tahu langsung ke. Saya ni ZERO pasal bisnes ke. Sebab semuanya akan diguide sehabis baik. Sebab tu lah anda perlu ada PENAJA. Penaja disini maksudnya Upline. Dalam kumpulan kami, upline di ajar untuk bertanggungjawab sehingga anak-anak berjaya. Jadi, anda tidak akan terkontang kanting seorangan :)

6. KENAPA PERLU JOIN MIRACLE EMPIRE ?

Sebab anda akan dihadamkan dengan ilmu ilmu tentang Shaklee dan juga tips dalam berbisness. Masa pun akan lebih terluang dan digunakan dengan aktiviti berfaedah sahaja. Takde lah asyik scroll ig dan klik klik habis duit. Tapi dengan team kami, klik klik duit pun masyukk :)

Macam Fatin sendiri, start buat Shaklee secara sambilan dan suka-suka je. Dari asalnya nak makan sendiri tapi Fatin ambil langkah bijak dengan register jadi ahli terus. Lebih jimat dan tiap bulan income pun dapat. Hehe. Sambil consume sambil berniaga.

Ade ke yang teringin nak join team Fatin gemukkan income bulanan korang? Tak banyak mana pun. Lepaslah kalau setakat nak belanje mak ayah family semua pergi umrah. Nak beli kereta dan rumah idaman :)

Boleh klik link di bawah untuk register ahli under MIRACLE EMPIRE 




FATIN FAIQAH
018-8745478
Your Trusted Leader
 

Pengedar Shaklee Alor Setar, Jitra, Kulim, Sungai Petani dan Bangi

JAMU MODEN ALFALFA SHAKLEE

10:49 0 Comments
Assalamualaikum, harini saya nak share sikit tentang ALFALFA COMPLEX SHAKLEE ni. Rata-rata ramai peminat Alfalfa atau saya panggil sebagai jamu moden. Yelah, sebab kelebihan dia banyak sangat dan bahan-bahan pun semua dari sumber semulajadi. Ramai yang salah sangka, Alfalfa bukan sahaja untuk perempuan malah lelaki pun boleh consume tau :)

 APA ITU ALFALFA ?
  • Alfalfa diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia. Tumbuhan ini ambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh capai sampai 20 kaki dalam tanah untuk serap pelbagai nutrisi. Nama Alfalfa ni ada disebut dalam Al-Quran tau.
  • Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tak penting dilupuskan. Alfalfa telah digunakan sejak lebih 1500 tahun dulu.
Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral antaranya:
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin U (S-methylmethionine)
  • Vitamin B6
  • Vitamin K
  • Vitamin D
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Mangan
  • Potassium
  • Fosforus
  • Klorin
  • Sodium
  • Silikon magnesium

Kebaikan Dan Manfaat Alfalfa Complex :

1. Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat kalian – Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

2. Mencuci hati, darah dan usus – Merupakan agen detoksifikasi. Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

3. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (Athletes’s foot) dengan berkesan.

4. Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

5. Menyingkirkan lemak dan kolestrol – Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

6. Melawan tumor – Untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

7. Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

8. Mencegah dan memperbaiki Arthritis – Memperbaiki sakit akibat Arthritis.

9. Membantu memelihara dan penjagaan kesihatan dalaman wanita – Alfalfa membantu menyeimbangkan hormon dan memperbaiki sistem reproduktif wanita. Secara tak langsung ianya baik untuk kesihatan rahim dan kesuburan. Dalam masa sama boleh membantu mengurangkan masalah keputihan dan vagina berbau. Alfalfa juga boleh meningkatkan libido wanita kerana sifatnya yang estrogenic.

10. Menggalakkan penghasilan susu ibu – Sejak sekian lama Alfalfa diamalkan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu ataupun sebagai milk booster. Ini kerana sifat Alfalfa sebagai tumbuhan yang galactogouge.

ANTARA KEBAIKAN LAIN ALFALFA :
  • Untuk pelangsingan dan pengurangan berat badan
  • Untuk melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit
  • Untuk atasi masalah badan dan ketiak berbau
  • Untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dan membantu memperbaiki masalah cyst dikalangan wanita
  • Untuk kecantikan kulit dan jerawat
  • Untuk allergy, sinusitis, resdung, bersin tak berhenti, eczema
  • Untuk gastrik dan perut sensitif
  • Masalah anemia (kurang darah), masalah tinggi kolestrol, diabetes dan gout
  • Masalah hypothyrodism dan infeksi pada ginjal dan pundi kencing serta saluran urinari
  • Mengurangkan retensi air dan garam berlebihan
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan tanda asid tinggi dalam tubuh
  • Masalah sakit sendi dan rapuh tulang
  • Untuk ibu berpantang dan menyusukan anak
  • Baik untuk menghadapi menopause
  • Kaya dengan protein asid amino untuk atasi kekurangan nutrien
  • Dan banyak lagi
Cara Pengambilan Alfalfa Complex
  • Alfalfa Complex boleh diambil ikut keselesaan dan keadaan kesihatan individu iaitu antara 2 biji hingga 10 biji sehari. Tetapi sebaiknya dapatkan konsultasi eksklusif daripada pengedar Shaklee anda supaya anda boleh dapat nasihat dan cara pengambilan yang sesuai dan tepat untuk anda. Sebab cara makan antara individu mungkin berbeza ikut keperluan. Dan cara makan juga ada pelbagai, mengikut nasihat pengedar masing-masing.
  • Alfalfa boleh diambil selepas makan ataupun sebelum makan mengikut tujuan pengambilan. Boleh telan ataupun dihancurkan dalam air untuk dijadikan teh herba sebelum diminum. Sebaiknya ambil bersama air kosong dan elakkan ambil bersama produk tenusu. Jika anda amalkan Alfalfa, elakkan pengambilan serentak ataupun jarakkan pengambilan Vitamin E, GLA Complex dan Ostematrix untuk fungsi vitamin yang lebih berkesan.
  • Tablet Alfalfa ni tak pahit dan tak busuk. Jangan risau susah nak telan sebab tabletnya memang dah direka khas untuk mudah ditelan jadi anda takkan rasa terseksa pun InsyaAllah. Bukannya macam jamu nenek moyang kita dulu-dulu. Orang dulu-dulu minum ubat periuk dan makjun segala. Memang kembang tekak nak makan.
BERAPA HARGA SEBOTOL ? MESTI MAHALKAN SEBAB KEBAIKAN DIA SANGAT OHSEMMM!!

Alfalfa ni ada 2 saiz tau. 
  • Saiz S (330 tablets)
  • Saiz L (700 tablets)

MAHUKAN HARGA ISTIMEWA ? BOLEH TERUS WASSAP 0188745478 :)

FATIN FAIQAH
0188745478
TRUSTED SID



PENGEDAR SAH SHAKLEE COD AREA ALOR SETAR, JITRA, KULIM, BANGI